FREE DELIVERY IN MALAYSIA WHEN YOU SHOP RM150 & ABOVE!

10 Petua Hilangkan Mual Dan Loya Semasa Mengandung!

Morning sickness berlaku kepada kebanyakan ibu yang hamil.

Walaupun disangka hanya berlaku pada waktu pagi, di 3 bulan pertama - ramai juga ibu yang masih loya tekak walaupun sudah 7-8 bulan hamil 24 jam sehari! Kesan sampingan hamil adalah tidak sama buat semua ibu mengandung.

Jadi adalah lebih baik untuk semua ibu bersiap-sedia dengan pengetahuan untuk meredakan rasa loya ketika hamil nanti. Ianya adalah satu pengalaman yang amat tidak selesa jika tidak dibendung.

1. Makan Halia!

halia.jpg

Petua ini telah diamalkan sejak zaman dahulu kala. Halia sering dikaitkan dengan angin perut & tekak loya. Tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa halia boleh membantu loya, tetapi ianya telah dipercayai berzaman-zaman dengan melepaskan sendawa. Masak dengan menggunakan Halia atau minum air Halia.

2. Accupressure!

Acupressure.jpg

Ketika sedang loya & pening, cuba amalkan teknik accupressure ini. Lihat pada rajah di atas, tekan di bahagian tersebut selama 1 minit, kemudian ulang di tangan sebelah. Ulang teknik ini sehingga anda rasa lebih selesa.

3. Bau Citrus!

citrus mual.jpg

Bau citrus dapat mengurangkan rasa loya tekak. Hiris kulit lemon (lemon zest), ambil hirisan kulitnya & bau. Jika anda mempunyai lemon essential oil, boleh gunakan di dalam rumah.

4. Teknik Pernafasan!

teknik pernafasan.png

Teknik pernafasan yang betul dapat membantu hilangkan rasa loya tekak & pening. Caranya adalah dengan menarik nafas perlahan melalui hidung, dan hembus keluar melalui mulut. Ulang sehingga anda rasa lebih selesa.

5. Urutan Pra-Natal!

urutan hamil loya mual.jpg

Berurut semasa hamil dapat melancarkan peredaran darah, terutamanya di bahagian kaki. Bukan itu sahaja, bau-bauan aromaterapi di spa juga membantu menenangkan ibu & menghilangkan rasa loya.

6. Makanan Pedas & Berlemak!

makanan pedas mual.jpg

Makanan yang pedas dan berlemak akan menyebabkan perut tidak selesa. Gas yang terkumpul di perut akan menambah lagi rasa loya. Amalkan makanan yang lebih sihat semasa hamil.

7. Tambah Protein!

protein mual hamil.jpg

Sumber protein seperti ikan, telur, ayam dapat mengurangkan rasa loya tekak. Makanan berprotein tinggi adalah lebih sesuai diamalkan ibu yang hamil, berbanding makanan yang tinggi kandungan karbohidrat.

8. Kecilkan Saiz, Kerapkan Makan!

saiz hidangan hamil mual.png

Perut yang terlalu penuh akan buat ibu rasa loya & tidak selesa. Perut yang kosong juga akan menambah angin. Untuk itu, kecilkan saiz hidangan anda & tambah kekerapan makan ketika hamil.

9. Minum Air Secukupnya!

minum air hamil mual.jpg

Dehidrasi akan memburukkan lagi rasa loya. Jika anda kerap muntah, minum air yang secukupnya untuk gantikan semula air yang hilang ketika muntah. Dehidrasi boleh membuat ibu hamil lebih letih, pening, loya dan kejang

10. Bersenam

bersenam hamil mual.jpg

Siapa kata ibu hamil hanya perlu duduk di rumah? Senaman aerobik dapat melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tahap kesihatan. Secara tidak langsung, tubuh badan akan terasa lebih segar, sihat & bertenanga!

Perasaan mual dan loya ketika hamil adalah normal. Ianya adalah pengalaman yang semua ibu akan rindu setelah melahirkan si comel. Amalkan petua-petua ini untuk buatkan diri ibu lebih selesa dan bahagia dengan pengalaman hamil ini!



Newer post