FREE DELIVERY IN MALAYSIA WHEN YOU SHOP RM150 & ABOVE!
Cart 0

6 Jenis Ruam Bayi Dan Cara Merawatnya!

"Anak saya ada eczema ke?"

Anda baru lepas mandikan si comel dan tiba-tiba anda perasan, ada banyak bintik-bintik di bahagian belakang si comel. Begitu juga di kulit kepala & lehernya. Apa bintik-bintik ini?

Ramai ibu bapa yang bimbang apabila kulit anak mereka secara tiba-tiba merah, berkerak, kering & kadang-kadang gatal. Perkara pertama yang mereka akan fikirkan adalah eczema. Jika tidak dirawat dengan cepat, mereka bimbang yang keadaan bayi akan bertambah teruk.

Sebenarnya ada berbagai-bagai sebab mengapa kulit bayi mengalami masalah kering, gatal & sebagainya. Kami kongsikan 6 masalah kulit yang sering dihadapi bayi & cara untuk mengatasinya!

1. Cradle cap

cradle cap ibu julian malaysia.jpeg

Cradle cap adalah keadaan di mana kepala bayi seperti berkerak. Bila diberus, kerak-kerak itu akan tercabut dan nampak seperti kelemumur. Cradle cap ini adalah disebabkan oleh pengeluaran sebum / minyak yang berlebihan dari kulit kepala.

Solusi :
Tiada rawatan khas yang diperlukan untuk merawat Cradle Cap. Keadaan kulit kepala bayi akan sembuh dengan sendirinya apabila bayi membesar. Hanya gunakan shampoo yang lembut seperti Joielle Baby Shampoo untuk membersihkan kerak yang tersangkut di celah-celah rambut bayi.

2. Milia

milia baby ibu julian malaysia.jpg

Milia adalah keadaan di mana si bayi mempunyai biji-biji putih, selalunya di sekitar hidung. Milia adalah disebabkan kelenjar-kelenjar minyak di wajah bayi yang belum matang. Ianya tidak menyakitkan bagi bayi. 

Solusi : Tiada rawatan diperlukan kerana kelenjar ini akan membesar dengan sendirinya setelah bayi lebih berusia.

3. Jerawat

jerawat bayi ibu julian malaysia.jpg

Jerawat di wajah bayi kadang-kala menimbulkan rasa bimbang. Keadaan ini adalah kerana semasa hamil, si comel & ibu berkongsi darah yang sama. Jerawat ini berpunca dari hormon-hormon si ibu masih ada bersama si bayi.

Solusi : Tiada rawatan diperlukan untuk jerawat bayi. Hanya pastikan si comel mandi dgn air bersih & jangan picit jerawat-jerawat tersebut.

4. Ruam lampin

diaper rash ibu julian malaysia.jpg

Bintik bintik disekitar punggung & celah kangkang dipanggil ruam lampin atau diaper rash. Ini adalah disebabkan kulit bayi di kawasan tersebut terperap dgn kotoran najis untuk waktu yang lama. Ia juga disebabkan oleh kualiti lampin yang tidak baik.

Solusi : Gunakan lampin pakai buang yg lebih berkualiti & tukar kepada yang bersih apabila lampin sudah mula kotor. Apabila menukar lampin, sapukan nappy cream seperti Joielle Nappy Cream untuk mengelakkan ruam baru.

5. Ruam panas

ruam panas bayi ibu julian malaysia.jpg

Ruam panas atau heat rash, adalah keadaan di mana kulit bayi kelihatan berbiji-biji, gatal & merah. Ini adalah disebabkan oleh cuaca panas, berpeluh kuat ataupun baju yang terlalu tebal. 

Solusi : Untuk mengelakkan kulit menjadi kering & gatal, gunakan krim, lotion ataupun baby oil. Dapatkan krim, losyen dan baby oil di sini.

6. Eczema

eczema ibu julian malaysia.jpg

Eczema adalah keadaan di mana kulit bayi kering, gatal & sangat merah. Sehingga kini, punca eczema masih tidak jelas. Tetapi diyakini yang faktor persekitaran dan genetik yang menyebabkan eczema. Sekiranya bayi anda mempunyai eczema, seeloknya si comel dibawa berjumpa dengan doktor - untuk kepastian.

Solusi : Elak memandikan bayi dengan air yang terlalu panas. Dan pastikan produk-produk bayi seperti shampoo, losyen, krim, minyak & lampin yang anda gunakan sesuai dengan si comel.

Kadang-kala agak sukar untuk membezakan satu ruam dengan yang lain disebabkan sifat mereka yang hampir sama. Untuk kepastian, sentiasa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Happy parenting!



Older post