FREE DELIVERY IN MALAYSIA WHEN YOU SHOP RM150 & ABOVE!
Cart 0

7 Sebab Bayi Menangis Dan Cara Untuk Tenangkan Mereka!

Kadang kala ianya mengundang stress kepada ibu ayah, bila si comel tak berhenti menangis. Kita semua mahu buat yang terbaik untuk si comel. Dari segi pemakanan, keselesaan dan keselamatan. Namun ada kalanya agak susah untuk ibu ayah faham, apa yang dimahukan si comel. 

Ibujulian kongsikan 7 sebab bayi menangis & cara untuk tenangkan mereka!

#1 Periksa adakah si comel lapar?

bayi lapar minum susu.jpg

Lapar adalah sebab terbesar kenapa bayi menangis. Perut mereka yang bersaiz kecil tidak mampu menyimpan susu yang banyak. Itu sebab mereka perlu diberi makan lebih kerap dari anak dewasa. Letakkan jari di bibir bayi, adakah mereka cuba menghisap? Jika ya, sudah tiba masanya untuk menyusu si comel!

#2 Periksa lampin, basah ke?

bayi tukar lampin.jpg

Bayi sangat sensitif terhadap lampin yang basah atau kotor. Jika dibiarkan terlalu lama, kulit di bahagian punggung bayi akan mula gatal dan kemerahan. Untuk permulaan, jadikan habit untuk periksa lampin setiap kali sebelum menyusu supaya lebih mudah untuk si comel tidur selepas kenyang.

Sapukan nappy cream untuk keselesaan bayi.

#3 Si comel mahu didukung!

bayi dukung dodoi.jpg

Ketika di dalam rahim, bayi duduk di dalam tempat yang sempit. Di dunia luar, mereka berasa tidak selamat. Cuba dukung si comel untuk beri keselesaan. Lebih baik jika rapatkan telinga mereka ke dada si ibu - kerana mereka sukakan bunyi degupan jantung.

#4 Terlalu banyak main!

bayi penat.jpg

Deria bayi amat sensitif pada persekitaran. Bunyi dan cahaya memberi simulasi pada deria mereka. Apabila terlalu banyak simulasi, mereka akan terasa penat. Lagi-lagi jika ada saudara mara datang bermain. Dalam situasi ini, letakkan bayi di bilik yang gelap, sejuk dan senyap – agar mereka boleh berehat dan tidur dengan selesa.

#5 Bilik terlalu panas atau sejuk?

bayi panas sejuk selesa.jpg

Kata orang tua-tua, bayi sepatutnya dibedung dan ‘dibungkus’ kerana takut masuk angin. Perkara ini sebenarnya tidak berapa tepat, lagi-lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Pakaian atau selimut yang terlalu tebal akan buatkan si bayi kepanasan dan tidak selesa. Lebih teruk, jika sampai terkena ruam panas. Terlalu sejuk juga tak elok untuk si bayi. Pastikan bilik berada di suhu 23-26 celcius dan gunakan pakaian yang nipis jika tiada penghawa dingin.

#6 Bayi anda tidak sihat!

bayi demam termometer suhu.jpg

Adakah cara si comel menangis lain dari yang biasa? Mungkin terlalu senyap? Pastikan ada termometer di rumah untuk memeriksa suhu si bayi. Demam adalah salah satu simptom bayi anda tidak sihat. Bawa bayi berjumpa dengan doktor sekiranya anda tidak pasti mengapa mereka menangis. Kebanyakan masa, doktor akan suruh pulang kerana tidak ada apa yang serius. Namun tak rugi jika kita berwasapada.

#7 Bayi anda ada colic / sawan tangis!

bayi sawan tangis colic.jpg

Colic atau sawan tangis adalah keadaan di mana si comel menangis tidak henti selama lebih 3 jam sehari, sekerap 3 hari seminggu, lebih dari 3 minggu berturut-turut. Punca colic masih tidak dapat dikenal pasti, namun jangan risau kerana si comel anda baik-baik sahaja. Colic selalunya bermula dari minggu ke-2 hingga bulan ke-4.

Bayi yang mempunyai colic agak sukar untuk ditenangkan. Ibu ayah boleh pastikan yang mereka cukup makan, cukup rehat, lampin bersih dan tidak demam. Paling penting, ibu ayah perlu bergilir-gilir semasa menjaga si comel yang colic – kerana ianya amat memenatkan. Jangan segan untuk meminta bantuan dari ahli keluarga, kawan-kawan ataupun pengasuh.

Dah cuba semua tips ini tapi si comel masih menangis?

Jom baca 3 tips tambahan ni!

#1 Mandikan bayi dalam air suam.

bayi mandi.jpg

Kaedah ini banyak diamalkan oleh ibu yang mempunyai anak colic. Anak colic sangat gembira ketika mandi. Jika si comel menangis terlalu lama, masukkan bayi dalam bekas mandi! Pastikan air tidak terlalu sejuk atau terlalu panas!

#2 Gunakan produk bayi yang selamat!

joielle baby.jpg

Kadang kala, penggunaan produk boleh buat bayi selesa atau semakin tidak selesa! Kadang kala, bayi menangis sebab lampin yang tidak berkualiti, produk mandian yang mengeringkan, losyen yang berbau terlalu kuat, minyak telon yang terlalu panas - dan macam-macam lagi.

#3 Pasang bunyi white noise / degupan jantung.

tvstatic.jpg

Bayi sebenarnya tidak berapa sukakan suasana yang senyap. Ini kerana alam rahim adalah tempat yang sangat bising! Di dalam perut ibu, bayi terdedah dengan bunyi kuat dari degupan jantung, bunyi perut dan bunyi suara ibu.

Bila bayi menangis, pasang bunyi ‘white noise’ atau ‘heart beat’ seperti di link ini : https://www.youtube.com/watch?v=oewj_XEM1js

Walau apa pun keadaan, bayi tetap akan menangis jika mereka mahu. Sangat penting untuk ibu ayah tidak salahkan diri jika tidak mampu menenangkan si comel. Asalkan si comel sihat & selamat, itu sudah cukup memadai.

Akan datang satu tahap di mana ibu ayah akan merasa stress dengan tangisan si anak, amatlah penting untuk ibu & ayah :

  1. Ambil masa untuk berehat. Biarkan si comel menangis sebentar di bilik lain selepas pastikan keadaannya selamat. Minum teh dan ambil nafas sebentar.
  2. Minta bantuan dari ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada pembaca-pembaca Ibujulian.com kerana happy moms, happy babies!



Older post Newer post